Posts

Showing posts from April, 2023

PROGRAM IFTAR JAMA’IE SMK TOBIAR BERSAMA PUSPANITA CAWANGAN NEGERI KEDAH DAN PUSPANITA PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH

Image
17 APRIL 2023 (SELASA) PROGRAM IFTAR JAMA’IE SMK TOBIAR BERSAMA PUSPANITA CAWANGAN NEGERI KEDAH DAN PUSPANITA PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH Program Iftar Jama’ie SMK Tobiar, Pendang merupakan anjuran bersama antara PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan PUSPANITA Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah. PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pendang telah dijemput untuk menghadiri program ini. Turut hadir dalam program ini ialah YBhg. Datin Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.  Program ini diadakan bagi meraikan golongan pelajar asnaf, anak yatim serta pelajar kelainan upaya (OKU). Program ini dimulakan dengan lawatan  YBhg. Datin Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah yang ke landskap di sekitar sekolah yang merangkumi kawasan aktiviti riadah, mini zoo, kawasan perkhemahan serta laman tani. Program diteruskan dengan acara penyampaian sumbangan bantuan kewangan kepada 215 orang penerima yang disampaikan oleh YBhg. Datin Pengerusi. Kemudianny

PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH PENDANG BAGI TAHUN 2023

Image
05 APRIL 2023 (RABU)  PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH PENDANG BAGI TAHUN 2023 Program Bubur Lambuk PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pendang Bagi Tahun 2023 ini diadakan seawal 8.30 pagi bertempat di ruang parkir, Pejabat Daerah dan Tanah Pendang.  Aktiviti memasak bubur lambuk sudah sinonim apabila umat Islam di Malaysia menyambut bulan Ramadan yang mulia. Justeru, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pendang turut tidak ketinggalan untuk memeriahkan sambutan bulan Ramadan dengan bergotong royong menyediakan bubur lambuk untuk menu juadah berbuka puasa. Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pendang dan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pendang juga turut berkesempatan menghadiri program ini.  Semoga program sebegini dapat mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim dan semangat kerja berpasukan sesama warga PUSPANITA daripada pelbagai jabatan yang terlibat. .

PROGRAM CERAMAH AGAMA SEMPENA BULAN RAMADHAN 2023

Image
05 APRIL 2023 (RABU) PROGRAM CERAMAH AGAMA SEMPENA BULAN RAMADHAN 2023 PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pendang telah menghadiri Program Ceramah Agama Sempena Bulan Ramadhan 2023 bertempat di Dewan Cenderawasih, Majlis Daerah Pendang. Ceramah tersebut disampaikan oleh Dato’ Syeikh Ahmad Fisol Bin Haji Omar, DSDK.,AMK.,BCK. Program ini diadakan seawal jam 10.00 pagi.