PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH PENDANG BAGI TAHUN 2023

05 APRIL 2023 (RABU) 

PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH PENDANG BAGI TAHUN 2023

Program Bubur Lambuk PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pendang Bagi Tahun 2023 ini diadakan seawal 8.30 pagi bertempat di ruang parkir, Pejabat Daerah dan Tanah Pendang. 

Aktiviti memasak bubur lambuk sudah sinonim apabila umat Islam di Malaysia menyambut bulan Ramadan yang mulia. Justeru, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pendang turut tidak ketinggalan untuk memeriahkan sambutan bulan Ramadan dengan bergotong royong menyediakan bubur lambuk untuk menu juadah berbuka puasa. Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pendang dan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pendang juga turut berkesempatan menghadiri program ini. 

Semoga program sebegini dapat mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim dan semangat kerja berpasukan sesama warga PUSPANITA daripada pelbagai jabatan yang terlibat.




















.

Comments

Popular posts from this blog

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN (MAP) PUSPANITA KALI KE-41