Posts

Showing posts from February, 2023

MESYUARAT AGUNG PUSPANITA DAERAH PENDANG BAGI TAHUN 2023

Image
Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Daerah Pendang telah diadakan seawal jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Pendang. Majlis ini dimulakan dengan nyanyian lagu PUSPANITA. Kemudiannya diteruskan dengan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PUSPANITA Daerah Pendang oleh Tuan Pegawai Daerah Pendang merangkap Tuan Penasihat PUSPANITA Daerah Pendang, Tuan Nasrun bin Dato’ Mohd Sheriff, AMK., BCK. Majlis diteruskan dengan acara penyampaian Sijil Penghargaan kepada Ahli-ahli Jawatankuasa PUSPANITA Daerah Pendang bagi penggal 2021-2022. Antara agenda mesyuarat yang dibincangkan termasuklah pembentangan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2022, pembentangan Laporan Aktiviti Tahun 2022, Pelantikan Ahli Jawantankuasa Kerja PUSPANITA Daerah Pendang bagi tahun 2023 hingga 2024, perancangan senarai cadangan aktiviti / program Tahun 2023 dan hal-hal lain yang berkaitan PUSPANITA Daerah Pendang. Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Pendang merakamkan rasa syukur dan ucapan terima

PROGRAM SENAMROBIK BERSAMA PUSPANITA DAERAH PENDANG

Image
P rogram Senamrobik Bersama PUSPANITA Daerah Pendang ini diadakan di Dewan Cenderawasih, Majlis Daerah Pendang, Kedah. Program ini diadakan seawal jam 8.00 pagi sehingga jam 11.00 pagi. Puan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pendang, Puan Nurulhuda binti Abdul Majid turut berkesempatan menghadiri program ini. Program ini disertai oleh ahli-ahli PUSPANITA daripada pelbagai jabatan di Daerah Pendang. Program ini bukan sahaja untuk tujuan kesihatan dan kecergasan malah mengeratkan hubungan di kalangan warga PUSPANITA Daerah Pendang.