MENGENAI KAMI
Saranan ini direalisasikan dengan penubuhan PUSPANITA secara rasminya pada 1
Mac 1983 dan sebuah rumah kerajaan bernombor JKR 5171, di Jalan Hose , Kuala
Lumpur telah diserahkan kepada PUSPANITA untuk dijadikan sebagai pusat
aktiviti. PUSPANITA telah mengorak selangkah lagi apabila pada Januari 1994 Tun
Dr Siti Hasmah sekali lagi diberi penghormatan untuk merasmikan Rumah PUSPANITA
yang baru menggantikan rumah kerajaan tersebut. Malah dewan di Rumah PUSPANITA
telah diambil sempena nama beliau iaitu Dewan Dr Siti Hasmah. Pembinaan
bangunan yang lebih besar serta infrastruktur yang lebih baik ini mendorong
PUSPANITA untuk menjalanakan lebih banyak aktiviti untuk ahli-ahlinya.
Hasil daripada itu tertubuhnya PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah setahun selepas
penubuhan PUSPANITA Kebangsaan dan kini telah mengalami pelbagai evolusi sejak
dari zaman penubuhannya. PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah diterajui oleh
beberapa orang wanita yang berkarisma dan berwibawa serta melaksanakan pelbagai
aktiviti di Rumah PUSPANITA yang telah dirasmikan pada 22 April 2009 di alamat
940 Jalan Menteri Off Jalan Sultanah 05350 Alor Setar
Comments
Post a Comment