Posts

Showing posts from May, 2023

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐒𝐇𝐎𝐏𝐄𝐄 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇

Image
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐒𝐇𝐎𝐏𝐄𝐄 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 ISNIN (22.05.2023)  Program Asas Shopee Bersama Usahawan PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah diadakan pada 22 Mei 2023 (Isnin) bertempat di Pusat Digital Ekonomi (REPi), RP Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah. Program tersebut merupakan anjuran sulung yang dilaksanakan bersama di antara Pusat Digital Ekonomi (PEDi) RP Simpang Kuala dengan PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.  Sebanyak 10 orang usahawan telah terpilih dari pelbagai lokasi, antaranya ialah dari daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Pendang dan juga Kuala Muda. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan mengenai perniagaan di atas talian melalui platform Shopee bermula daripada jenis produk yang ingin dipasarkan sehingga cara pemasaran produk tersebut.  Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada para peserta yang telah hadir dalam menjayakan Program Asas Shopee dan ju

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE) PENDANG BERSAMA PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH PENDANG

Image
14 MEI 2023 (AHAD)  MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE) PENDANG BERSAMA PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH PENDANG  Majlis Jamuan Hari Raya Pusat Aktiviti Warga Emas (Pawe) Pendang Bersama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Pendang telah diadakan di Pusat Aktiviti Warga Emas, Pendang.  PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pendang  turut dijemput  bagi memeriahkan majlis ini.  Terima kasih diucapkan kepada PAWE Pendang  atas jemputan ke Majlis tersebut. Semoga majlis ini dapat mengumpulkan dan mengeratkan ukhuwah antara PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pendang dengan ahli-ahli PAWE Pendang serta Kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Pendang.

SELAMAT HARI IBU 2023

Image
Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu. Sesungguhnya kasih ibu kekal abadi selama-lamanya. Besar jasa dan pengorbanan setiap ibu dalam melahirkan, membesarkan dan mendidik setiap insan.

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PUSPANITA CAWANGAN NEGERI KEDAH TAHUN 2023

Image
11 MEI 2023 (KHAMIS)  SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PUSPANITA CAWANGAN NEGERI KEDAH TAHUN 2023  PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pendang turut memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Tahun 2023 dengan gerai hidangan Ais Kacang yang telah berlangsung hari ini. Majlis ini diadakan seawal jam 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang,bertempat di Rumah PUSPANITA,Alor Setar Kedah.  Seramai 19 orang ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pendang yang turut hadir menyerikan lagi majlis ini.Terima kasih diucapkan kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah atas jemputan ke Majlis tersebut.  Semoga ikatan ukhuwah antara ahli-ahli PUSPANITA Negeri Kedah terus utuh.