𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐒𝐇𝐎𝐏𝐄𝐄 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐒𝐇𝐎𝐏𝐄𝐄 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇

ISNIN (22.05.2023) 

Program Asas Shopee Bersama Usahawan PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah diadakan pada 22 Mei 2023 (Isnin) bertempat di Pusat Digital Ekonomi (REPi), RP Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah. Program tersebut merupakan anjuran sulung yang dilaksanakan bersama di antara Pusat Digital Ekonomi (PEDi) RP Simpang Kuala dengan PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah. 

Sebanyak 10 orang usahawan telah terpilih dari pelbagai lokasi, antaranya ialah dari daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Pendang dan juga Kuala Muda. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan mengenai perniagaan di atas talian melalui platform Shopee bermula daripada jenis produk yang ingin dipasarkan sehingga cara pemasaran produk tersebut. 

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada para peserta yang telah hadir dalam menjayakan Program Asas Shopee dan juga kepada Pusat Digital Ekonomi (PEDi) Simpang Kuala kerana telah menyantuni PUSPANITA dengan mengadakan kolaborasi ini. 

"WANITA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT" 

#PUSPANITAKedah 

#usahawanPUSPANITA










Comments

Popular posts from this blog

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN (MAP) PUSPANITA KALI KE-41