Posts

Showing posts from March, 2023

MESYUARAT AGUNG PUSPANITA CAWANGAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN KALI KE-39 TAHUN 2023

Image
  Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Darul Aman Kali Ke-39 Tahun 2023 bertempat di Dewan Kenangan MPSPK bermula seawal jam 8.30 pagi. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Norizan bin Khazali yang juga merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Darul Aman telah diiringi oleh Yang Berbahagia Datin Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Darul Aman. PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pendang juga turut bersama-sama menyertai Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Darul Aman Kali Ke-39 Tahun 2023 ini.

PROGRAM JOM TINJAU PRODUK USAHAWAN PENDANG

Image
Program Jom Tinjau Produk Usahawan Pendang merupakan program anjuran Biro Keusahawanan dan Kepenggunaan PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dengan kerjasama PUSPANITA Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pendang serta MADA Daerah Pendang. Program ini dihadiri oleh YBhg. Datin Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, YBhg. Datin Noor Hayati binti Ismail, Pengerusi Biro Keusahawan dan Kepenggunaan PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan YBrs. Puan Noor Asyikin binti Yusoff, Pengerusi PUSPANITA MADA. Program dimulakan dengan sesi Together@PUSPANITA, iaitu sesi suai kenal dengan kesemua Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pendang yang diketuai oleh Puan Nurulhuda binti Abdul Majid, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pendang yang diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Pendang. Program diteruskan dengan mengadakan lawatan ke Syarikat Mudim Zakaria Food Industries Sdn. Bhd. untuk melihat penghasilan kicap dan sos di N