PROGRAM IFTAR JAMA’IE SMK TOBIAR BERSAMA PUSPANITA CAWANGAN NEGERI KEDAH DAN PUSPANITA PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH

17 APRIL 2023 (SELASA)

PROGRAM IFTAR JAMA’IE SMK TOBIAR BERSAMA PUSPANITA CAWANGAN NEGERI KEDAH DAN PUSPANITA PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH

Program Iftar Jama’ie SMK Tobiar, Pendang merupakan anjuran bersama antara PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan PUSPANITA Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah. PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pendang telah dijemput untuk menghadiri program ini. Turut hadir dalam program ini ialah YBhg. Datin Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah. 

Program ini diadakan bagi meraikan golongan pelajar asnaf, anak yatim serta pelajar kelainan upaya (OKU). Program ini dimulakan dengan lawatan  YBhg. Datin Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah yang ke landskap di sekitar sekolah yang merangkumi kawasan aktiviti riadah, mini zoo, kawasan perkhemahan serta laman tani.

Program diteruskan dengan acara penyampaian sumbangan bantuan kewangan kepada 215 orang penerima yang disampaikan oleh YBhg. Datin Pengerusi. Kemudiannya disusuli dengan Majlis Iftar. Turut hadir bersama ialah YBhg. Datin Siti Hajar binti Said, Pengerusi PUSPANITA Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, YBhg. Datin Hajah Nurul Aznim binti Mohd Razalli, Pengerusi PUSPANITA Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YBhg. Puan Nurulhuda binti Abdul Majid, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pendang dan Pegawai Pendidikan Daerah Pendang.

YBhg. Datin Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah bersama tetamu jemputan lain sempat menunaikan solat Maghrib berjemaah dan beramah mesra dengan golongan pendidik dan pelajar di SMK Tobiar sebelum bertolak pulang.














Comments

Popular posts from this blog

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN (MAP) PUSPANITA KALI KE-41