PROGRAM OUTREACH PERKHIDMATAN SARINGAN KESIHATAN PERCUMA, KEMBARA KAUNSELING DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA


TARIKH: 14 FEBRUARI ( ISNIN)

LOKASI: PERKARANGAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH PENDANG

MASA: 9.00 PETANG HINGGA 12.00 TENGAHARI


Program Outreach Perkhidmatan Saringan Kesihatan Percuma, Kembara Kaunseling Dan Kesejahteraan Keluarga ini telah diadakan di Perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Pendang bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari. Program ini dijalankan dengan pematuhan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Program ini merupakan anjuran PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pendang dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Negeri Kedah.

Program ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Nazwa Binti Rosley, Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Pendang. Kemudian diteruskan dengan sesi taklimat Perkhidmatan Perancang Keluarga oleh Pegawai LPPKN kepada ahli-ahli jawatankuasa Puspanita Cawangan Kecil Daerah Pendang. Kemudian Program diteruskan dengan pemeriksaan kesihatan di Perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Pendang.

Sekalung tahniah dan setinggi penghargaan diucapkan kepada para penganjur dan peserta program, khususnya kakitangan LPPKN di atas kejayaan, kelancaran dan sambutan penganjuran program pada hari ini.











Comments

Popular posts from this blog

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN (MAP) PUSPANITA KALI KE-41