PROGRAM JOM TINJAU PRODUK USAHAWAN PENDANG

Program Jom Tinjau Produk Usahawan Pendang merupakan program anjuran Biro Keusahawanan dan Kepenggunaan PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dengan kerjasama PUSPANITA Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pendang serta MADA Daerah Pendang.

Program ini dihadiri oleh YBhg. Datin Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, YBhg. Datin Noor Hayati binti Ismail, Pengerusi Biro Keusahawan dan Kepenggunaan PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan YBrs. Puan Noor Asyikin binti Yusoff, Pengerusi PUSPANITA MADA.
Program dimulakan dengan sesi Together@PUSPANITA, iaitu sesi suai kenal dengan kesemua Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pendang yang diketuai oleh Puan Nurulhuda binti Abdul Majid, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pendang yang diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Pendang.
Program diteruskan dengan mengadakan lawatan ke Syarikat Mudim Zakaria Food Industries Sdn. Bhd. untuk melihat penghasilan kicap dan sos di Negeri Kedah. Program Jom Tinjau Produk Usahawan Pendang ini diteruskan lagi dengan lawatan ke Syarikat WM Berkat Enterprise yang merupakan sebuah kilang pembuatan kerepek tradisional dan biskut raya.
Puan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pendang mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

















Comments

Popular posts from this blog

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 '𝐉𝐎𝐌 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍' & 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐑𝐎𝐂𝐊 𝐕𝐈𝐋𝐋𝐀𝐆𝐄 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆