MESYUARAT AGUNG PUSPANITA DAERAH PENDANG BAGI TAHUN 2023
Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Daerah Pendang telah diadakan seawal jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Pendang. Majlis ini dimulakan dengan nyanyian lagu PUSPANITA. Kemudiannya diteruskan dengan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PUSPANITA Daerah Pendang oleh Tuan Pegawai Daerah Pendang merangkap Tuan Penasihat PUSPANITA Daerah Pendang, Tuan Nasrun bin Dato’ Mohd Sheriff, AMK., BCK. Majlis diteruskan dengan acara penyampaian Sijil Penghargaan kepada Ahli-ahli Jawatankuasa PUSPANITA Daerah Pendang bagi penggal 2021-2022. Antara agenda mesyuarat yang dibincangkan termasuklah pembentangan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2022, pembentangan Laporan Aktiviti Tahun 2022, Pelantikan Ahli Jawantankuasa Kerja PUSPANITA Daerah Pendang bagi tahun 2023 hingga 2024, perancangan senarai cadangan aktiviti / program Tahun 2023 dan hal-hal lain yang berkaitan PUSPANITA Daerah Pendang. Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Pendang merakamkan rasa syukur dan ucapan terima