PROGRAM AGIHAN ZAKAT WANG WAKALAH KEPADA 
ASNAF DI DAERAH PENDANG BAGI TAHUN 2021 ANJURAN PUSPANITA PEJABAT KEWANGAN
 NEGERI DENGAN KERJASAMA PUSPANITA DAERAH 
PENDANG


11 November 2021

PUSPANITA Pejabat Kewangan Negeri Kedah Bersama PUSPANITA daerah Pendang telah menyantuni dan menyampaikan zakat wang wakalah kepada beberapa keluarga asnaf di dalam Program Agihan Zakat Wang Wakalah Kepada Asnaf di Daerah Pendang Bagi Tahun 2021. Program tersebut telah diadakan  di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Pendang. Agihan ini disampaikan oleh Pengerusi PUSPANITA Pejabat Kewangan Negeri Kedah, Y.bhg Datin Noor Afza Binti Osman. Seramai 10 orang asnaf telah dipilih untuk menerima zakat wang wakalah ini. Walaubagaimana pun, 5 asnaf telah menerima di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Pendang manakala 5 asnaf telah menerima di rumah masing-masing di Mukim Tobiar, Mukim Guar Kepayang dan Mukim Rambai. Turut mengiringi Timbalan Pengerusi PUSPANITA Daerah Pendang, Puan Rizawati binti Mohamad@Ramli, Penghulu Mukim dan Biro PUSPANITA Daerah Pendang.

Semoga sumbangan zakat ini dapat membantu meringankan bebanan yang ditanggung.

















Comments

Popular posts from this blog

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 '𝐉𝐎𝐌 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍' & 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐑𝐎𝐂𝐊 𝐕𝐈𝐋𝐋𝐀𝐆𝐄 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆