SEJARAH
Sejarah penubuhan PUSPANITA, idea penubuhannya datang daripada Tun Dr.
Siti Hasmah sendiri. Idea ini tercetus apabila beliau dan suami yang ketika itu
sedang bercuti di Indonesia telah disambut oleh Persatuan Wanita (DARMAWANITA)
di sana. Oleh kerana upacara sambutan yang begitu baik serta layanann yang
mesra oleh kaum wanita di sana, Tun Mahathir kemudian menyarankan kepada Tun
Dr. Siti Hasmah untuk menwujudkan satu persatuan sedemikian di Malaysia khas
untuk kaum wanita.
Saranan ini direalisasikan dengan penubuhan PUSPANITA secara rasminya
pada 1 Mac 1983 dan sebuah rumah kerajaan bernombor JKR 5171, di Jalan Hose ,
Kuala Lumpur telah diserahkan kepada PUSPANITA untuk dijadikan sebagai
pusat aktiviti. PUSPANITA telah mengorak selangkah lagi apabila pada Januari
1994 Tun Dr Siti Hasmah sekali lagi diberi penghormatan untuk merasmikan Rumah
PUSPANITA yang baru menggantikan rumah kerajaan tersebut. Malah dewan di Rumah
PUSPANITA telah diambil sempena nama beliau iaitu Dewan Dr Siti Hasmah.
Pembinaan bangunan yang lebih besar serta infrastruktur yang lebih baik ini
mendorong PUSPANITA untuk menjalanakan lebih banyak aktiviti untuk ahli-ahlinya.
Hasil daripada itu tertubuhnya PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah setahun
selepas penubuhan PUSPANITA Kebangsaan dan kini telah mengalami pelbagai
evolusi sejak dari zaman penubuhannya. PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah
diterajui oleh beberapa orang wanita yang berkarisma dan berwibawa serta
melaksanakan pelbagai aktiviti di Rumah PUSPANITA yang telah dirasmikan pada 22
April 2009 di alamat 940 Jalan Menteri Off Jalan Sultanah 05350 Alor Setar.
Comments
Post a Comment