OBJEKTIF
1. Adalah untuk merapatkan perhubungan muhibah dan menyatu-padukan
isteri-isteri dan anggota-anggota wanita Perkhidmatan Awam di semua peringkat
perkhidmatan.
2. Adalah untuk menggalakkan perkembangan pengetahuan kemahiran
serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi program-program kemajuan,
ceramah-ceramah, bengkel-bengkel, seminar dan kursus.
3. Adalah untuk menggalakkan dan melibatkan ahli-ahli dalam
aktiviti-aktiviti bagi faedah ahli dan keluarga mereka serta masyarakat.
4. Adalah untuk menganjurkan program-program untuk memungut derma
dan sumbangan bagi aktiviti-aktiviti amal kebajikan.
6. Adalah boleh memiliki tanah, bangunan-bangunan dan aset-aset
yang lain sebagaimana yang diperlukan melalui cara memohon kepada kerajaan,
membeli, menyewa dan sebagainya. Mana-mana cawangan juga boleh memiliki tanah,
bangunan dan aset-aset atau sebagainya untuk kebajikan dan faedah ahli.
7. Adalah untuk menyertai aktiviti perniagaan dengan syarat semua
wang dan keuntungan yang didapati oleh persatuan ini, hasil dari penyertaannya
dalam mana-mana perniagaan, akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan,
memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan persatuan ini, dan tidak sebahagian pun
daripada wang atau keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli persatuan.
Sungguh pun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang di
buat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau
kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja persatuan ini, dengan syarat
mereka telah memberikan perkhidmatan kepada persatuan ini.
Comments
Post a Comment